Monday 20 January 2014

#streetartpekanrabu -

31 JANUARI 2014 - 1 FEBRUARI 2014
10 PAGI - 12 PAGI (baca: tengah malam)
di KOMPLEKS PEKAN RABU JB

Sejak dahulu lagi, orang kita (baca: melayu) tidak dapat mengesan cara menggunakan cuti Tahun Baru Cina dengan efisyen. Ada sesetengah menghabiskan Tahun Baru Cina dengan menonton rancangan Tarian Naga, dan juga makan berkolestrol tinggi secara berelebihan. Jadi, daripada kita jadi tidak tentu hala pada cuti Tahun Baru Cina, adalah baik jika menjenguk jenguk ke Pekan Rabu pada hari tersebut.

Sikap mencari-cari aktiviti bermanafaat itu adalah bagus. Namun menjadilah tidak bagus kalau mencari-cari tu masih tak berubah sejak tahun 2001. Manafaat entah ke mana. Jadi bila dah ada orang bertungkus lumus membina manafaat, cubalah kita sesekali hargai. Jumaat tu aku boleh jangka, selepas sembahyang jumaat, maka berpusu-pusulah masyarakat yang mahu manafaat ke Pekan Rabu.




Kalau nak tahu tentatif takda dekat sini.

pegi dekat jemputan facebook : https://www.facebook.com/events/230218230435820/?source=1



♦ Sebarang pertanyaan mengenai program #StreetArtPekanRabu, hubungi AGAS di agassagas@gmail.com









Perkara di atas adalah kerjasama antara  tiga entiti.

█ AGAS


(Anak-anak Dahaga Seni)

Benda ni aku confuse jugek. Dekat New Straits Times, dia cakap Gerakan Anak Muda Gagah d'Selatan (rujukan NST 20 Januari 2014). Aku harap budak budak ni tidak hilang pedoman dipanggil GAGAH.
Facebook AGAS
Twitter AGAS


█ Langgo Art

Facebook Langgo Art

Penerangan kau pergi tanya Akim. Dia yang bikin bende ni.









█ Johor Sketchers

Facebook Johor Sketchers

Yang ni kau tanya Tok Rimau dengan Taib AUR.










 p/s: bila gua baca balik ada mirip khutbah