Friday, 4 September 2015

Gila

Gila itu sifatnya tetap pada waktu
Kalau sudah sampai
Bagaimana terancang kau menolak
Gila akan tetap pada waktu

Betapa kau memilih untuk tidak ketemu
Gila tetap datang mencari(mu)

Kerana kegilaan juga sebahagian takdir
Seperti saat gembira saat bersedih 
Yang kau tak boleh tolak ia hadir

Mereka akan tetap pada waktu.

Wednesday, 24 June 2015

Panggong Punggok 12

Poster Muallaf by Pert Doherty.
Dia sorang je desain poster Muallaf  pakai Amani.

Sampena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, kami bawakan karya Muallaf oleh Arwah Yasmin Ahmad kepada *antum sekalian. Apa yang menarik kali ini ialah tayangan Panggung Punggok 12 dijadualkan berlangsung selepas masuk waktu Maghrib dan dimulakan dengan aktiviti makan makan berat yang mana merupakan aktiviti 'rare' dalam siri siri Panggung Punggok yang lain.

Sebelum ini peserta kebanyakannya cuma menghisap rokok seludup di bahagian luar Embrace Hall  sebelum menunggu acara bermula. dan acara juga biasanya bermula terlebih lambat dari waktu yang dijanjikan akibat dari penganjur( AGAS) yang masih tak reti reti nak 'setup' laptop dan projektor LCD secara millenium.

Pada sesi diskusi kali ini kami juga akan bawakan kepada *antum antuma sekalian sesi perkongsian satu topik dalam Buku Nota Filem yang diselenggara oleh Saudagar Gazali Ramli berkenaan dengan Filem Muallaf , hasil tulisan Saudara Mohamad Yusoff.

jadi, untuk tidak memanjangkan penulisan yang hambar ini saya sudahi dengan menjemput enta enti antum antumna semuanya untuk mengimarahkan aktiviti ini. dan ringankanlah diri membawa juadah berbuka puasa.

*antum= engkorang/luorang/hangpa

p/s : kalau ikut facebook, hari ni harijadi Pert.

Thursday, 30 October 2014

Panggung Punggok Wujud Lagi Ke?

Pada satu tengah hari yang hiruk pikuk, saya berjalan menuju ke bandaraya Johor Bahru. Walaupun saya ada motor, namun saya berjalan. Ini namanya indie. Awak apa tahu? Baru suruh pegang anjing dah menggelabah  seperti kena liwat. 

Saya teruskan perjalanan dengan memerhati alam sekeliling. Di sepanjang perjalanan , saya lihat masharakat di Johor Bahru ini seperti sudah tidak tentu arah. Mereka dah mula pergi ke taman aktiviti Angry  Bird, ada juga yang pergi dengar lagu 'awak kat mana..awak awak kat mana?' . Dan keadaan ini memaksa saya untuk berfikir apa punca masharakat ini berperangai aneh sebegini.

Secara tiba tiba ada sa-ekor punggok datang menghinggap di atas bahu saya dan berbisik halus. 

"Mana pergi Panggung  Punggok setan?!!!"

Serentak dengan itu saya terbangun dari mimpi. Jadi, begitulah ceritanya Panggung Punggok ini  kembali menerjah masharakat johor bahru. 

Jadi, malam ini marilah kita berkompol tanpa mengira perbedaan ideologi politik, kasta, mahupun mazhab di Embrace Hall Tampoi Utama untuk membedah filem Bin Filem.
Pesta Halloween boleh Panggong Punggok pun boleh

Thursday, 24 April 2014

#PanggongPunggok JALANAN

JALANAN berkisah tentang Jakarta dan potret Indonesia melalui mata 3 pengamen muda yang humoris dan gigih menjalani hidup; Titi, Boni, dan Ho. Film ini mengikuti ketiganya secara intim dan mengangkat keseharian mereka yang terpinggirkan dari hiruk-pikuk Ibukota, tanpa rekayasa.
Menggunakan lagu-lagu orisinil berkarakter kuat karya trio musisi tsb sebagai kemudi ceritanya, JALANAN menelusuri kesepian, duka, asmara, kisruh perceraian, meriah perkawinan, hingga dorongan seksual mereka di tengah riuh-rendah Jakarta yang dikendalikan oleh globalisasi dan korupsi.

- dipetik dari laman JALANAN movie
Tayangan di Embrace Hall macam biasa.

26 April 2014 | 8.30 malam | Embrace Hall

ini adalah dokumentari.



p/s: anip macam biasalah. bagi maklumat kalau boleh hari sebelum berlangsung

Thursday, 13 February 2014

#PanggongPunggok CITY OF GOD

Panggong Punggok merupakan suatu aktiviti liar untuk minda. Dan pada kali ini julung kalinya menayang filem panjang (hal ini nanti akan dibincang, ini dah berkait dengan cogan kata Panggong Punggok : Tayangan Filem Pendek Bulanan di Embrace Hall)..

Idea nak menayang filem City Of God ini bermula dari siapa entah, yang aku tahu, malam 12 Februari Anip telefon aku.

"Kau bizi tak?", Anip tanya.

"Tak", aku jawap.

"Tolong woi. buatkan poster Panggong Punggok", Anip merayu rayu macam hendak kene tumbuk.

"Nak buat macam mana?"

"Buat macam biasa, tapi tayangan satu filem je"

"Satu je?", saya berkerut bukan main.

"City Of God beserta diskusi"

"Ok ok"

*      *      *



Dua kanak-kanak lelaki membesar di kawasan kejiranan yang ganas di Rio de Janeiro mengambil laluan yang berbeza: satu menjadi jurugambar, lagi seorang menjadi peniaga dadah.


SINOPSIS (Bagi yang memang malas nak menonton)
Berlaku sepanjang lebih dua dekad, Kota Tuhan (City Of God) menceritakan kisah Cidade de Deus (Bahasa Portugis untuk Kota Tuhan (City Of God)), suku kelas yang lebih rendah di barat Rio de Janeiro. Filem ini memberitahu dari sudut pandangan seorang budak yang bernama Roket (Busca pé dalam bahasa Portugis) yang membesar di sana sebagai seorang anak penjual ikan , dan menunjukkan keadaan terdesak dan keganasan yang wujud dalam kawasan miskin . Berdasarkan cerita sebenar, filem menggambarkan penyalahgunaan dadah , jenayah ganas, dan perjuangan seorang anak lelaki untuk membebaskan dirinya dari genggaman kawasan miskin ' .

Filem ini bermula secara sinematik menggambarkan ayam sedang disediakan untuk makan. Ayam tersebut melarikan diri dari sekumpulan geng bersenjata dan bertembung dengan Rocket. Rocket yang tersalah faham memikir kumpulan itu mahu membunuhnya. Filem ini kemudian imbas kembali ke sepuluh tahun lebih awal , untuk menceritakan kisah bagaimana dia mendapat dirinya ke dalam kedudukan itu.

Tiga "hoodlums", "The Trio Tender" , abang kepada Rocket, Goose, mengganas di perniagaan tempatan dengan rompakan bersenjata. Dengan fesyen Robin Hood mereka membahagikan sebahagian daripada barang rampasan itu dengan rakyat Kota Tuhan (City Of God) dan dilindungi oleh mereka. Li'l Dice adalah penurut yang meyakinkan mereka untuk melakukan 'kerja' di sebuah motel dan merompak penghuninya. Li'l Dice ("Dadinho" dalam bahasa Portugis) , berkhidmat sebagai 'tukang jaga line', melepaskan tembakan amaran, kemudiannya membunuh seluruh penghuni hotel. Pembunuhan beramai-ramai itu mendapat perhatian polis dan memaksa mereka bertiga untuk memberhentikan jenayah mereka. Setiap mereka berakhir sebelum waktunya , kecuali salah satu yang memutuskan untuk menyertai gereja. Goose, abang Rocket dibunuh oleh Li'l Dice selepas merompak anak muda dan rakannya Benny yang telah bersembunyi dan melakukan jenayah itu sendiri.

Filem ini dipercepat ke beberapa tahun. Li'l Dice kini memanggil dirinya Li'l Zé ("Zé Pequeno" dalam bahasa Portugis) , dan , bersama-sama dengan rakan sebayanya Benny, beliau menetapkan sebuah empayar dadah dengan menghapuskan semua pencabar lain kecuali seorang pengedar dadah bernama Carrot ("Cenoura" dalam bahasa Portugis). Sementara itu, Rocket telah menjadi sebahagian daripada "Groovies" sekumpulan belia hippies yang menikmati marijuana. Dia memulakan kerjaya fotografi dendan menangkap gambar kawan-kawannya, terutama gadis digilainya, tetapi gadis itu berhubungan dengan lelaki lain.

Keamanan relatif telah datang Kota Tuhan (City Of God) di bawah pemerintahan Li'l Zé yang merancang untuk menghapuskan saingan terakhir, Carrot, membelakangkan pendapat rakan yang terbaiknya Benny , yang sentiasa mengamalkan konsep keamanan. Pada ketika itu, kawan baik dan juga rakan se-jenayah, Benny telah membuat keputusan untuk menjadi "playboy" dan menjadi "lelaki paling cool di Kota Tuhan (City Of God)". Akhirnya, bersama-sama dengan gadis yang disailang dari Rocket, dia memutuskan untuk meninggalkan kehidupan jenayah di belakang untuk hidup di ladang. Walau bagaimanapun, dia ditembak mati di parti selamat jalan-nya oleh bekas pengedar dadah , Blackie , yang sebenarnya mensasarkan Li'l Zé. Benny adalah satu-satunya perkara yang dapat mengekalkan Li'l Ze dari mengambil alih perniagaan Carrot, jadi sekarang Carrot berada dalam bahaya.

Li'l Zé menghina seorang lelaki pasifis, Knockout Ned di parti dan selepas itu merogol teman wanitanya dan membunuh bapa saudara Ned dan adik lelakinya. Ned bertukar ganas dan berpihak dengan Carrot . Selepas membunuh seorang dari budak budak Li'l Ze itu, Ned memulakan perang antara kedua-dua puak saingan yang mewujudkan "Vietnam" di Kota Tuhan (City Of God). Disebabkan cemburu Ned sudah terkenal dalam akhbar, Li'l Zé menggesa Rocket mengambil gambar dirinya dan geng beliau, tanpa diketahui oleh Rocket puncanya, yang kemudian gambar itu diambil oleh seorang wartawan dan diterbitkan dalam akhbar harian. Rocket mula bimbang bahawa Li'l Zé akan mahu membunuhnya disebabkan perkara itu. Namun, Li'l Zé sangat gembira dengan kemasyhuran barunya itu.

Filem ini akan membentuk bulatan penuh, Rocket dikejutkan oleh permintaan Li'l Zé bahawa beliau akan mengambil gambar kumpulan itu yang telah mengejar ayam pada awal filem. Sebelum dia boleh, bagaimanapun, tembak menembak yang akan berlaku antara kedua-dua kumpulan , tetapi berjaya digagalkan oleh pihak polis. Ned dibunuh oleh seorang budak lelaki yang telah menyusup menjadi geng beliau untuk membalas dendam bapanya, yang telah dibunuh oleh Ned semasa merompak 

bank. Li'l Zé dan Carrot ditangkap dan Carrot adalah diasingkan untuk ditunjukkan kepada pihak media. Li'l Zé digegarkan turun untuk wang, dihina dan akhirnya dibebaskan, semua perkara yang rahsia berjaya difoto oleh Rocket. Selepas polis meninggalkan Li'l Zé, Runts (geng kanak-kanak muda yang merompak dan mengugut peniaga tempatan) datang kepada Li'l Zé dan menembak dan membunuhnya bagi membalas dendam atas Li'l Zé membunuh seorang geng mereka dalam awal filem. Rocket mengambil gambar-gambar mayat Li'l Zé dan pergi ke surat khabar.

Rocket dilihat di pejabat akhbar itu melihat semua gambar-gambar beliau melalui kaca pembesar , dan membuat keputusan sama ada untuk meletakkan gambar-gambar polis korup dalam akhbar, atau gambar mayat Li'l Zé ini. Gambar-gambar daripada polis akan membuat dia terkenal tetapi 

meletakkan dia dalam bahaya, manakala gambar Li'l Zé akan menjamin dia kerja di syarikat akhbar. Beliau memutuskan untuk mengambil jalan yang selamat dan memberikan gambar Li'l Zé yang mati, kemudian disiarkan di muka depan akhbar.

Cerita ini berakhir dengan Runts berjalan di sekitar Kota Tuhan (City Of God), membuat senarai target dan merancang untuk membunuh semua target (pengedar) untuk mengambil alih perniagaan dadah mereka.


Rating Filem City Of God


Dan bagi sesiapa yang rasa nak menukar cover photo di facebook (walhal tayangan ni besok. kah kah kah) boleh ambik gambar di bawah.

Jadi Silalah datang ke Embrace Hall pada 14 Februari 2014, 8.30 malam.
hanya di #PanggongPunggok

p/s: masa habis tengok cerita ni, aku rasa nak mencontohi Benny. Masa first time tengok cerita ni, aku tengok sama Botak dengan Kudut.


Monday, 20 January 2014

#streetartpekanrabu -

31 JANUARI 2014 - 1 FEBRUARI 2014
10 PAGI - 12 PAGI (baca: tengah malam)
di KOMPLEKS PEKAN RABU JB

Sejak dahulu lagi, orang kita (baca: melayu) tidak dapat mengesan cara menggunakan cuti Tahun Baru Cina dengan efisyen. Ada sesetengah menghabiskan Tahun Baru Cina dengan menonton rancangan Tarian Naga, dan juga makan berkolestrol tinggi secara berelebihan. Jadi, daripada kita jadi tidak tentu hala pada cuti Tahun Baru Cina, adalah baik jika menjenguk jenguk ke Pekan Rabu pada hari tersebut.

Sikap mencari-cari aktiviti bermanafaat itu adalah bagus. Namun menjadilah tidak bagus kalau mencari-cari tu masih tak berubah sejak tahun 2001. Manafaat entah ke mana. Jadi bila dah ada orang bertungkus lumus membina manafaat, cubalah kita sesekali hargai. Jumaat tu aku boleh jangka, selepas sembahyang jumaat, maka berpusu-pusulah masyarakat yang mahu manafaat ke Pekan Rabu.




Kalau nak tahu tentatif takda dekat sini.

pegi dekat jemputan facebook : https://www.facebook.com/events/230218230435820/?source=1



♦ Sebarang pertanyaan mengenai program #StreetArtPekanRabu, hubungi AGAS di agassagas@gmail.com









Perkara di atas adalah kerjasama antara  tiga entiti.

█ AGAS


(Anak-anak Dahaga Seni)

Benda ni aku confuse jugek. Dekat New Straits Times, dia cakap Gerakan Anak Muda Gagah d'Selatan (rujukan NST 20 Januari 2014). Aku harap budak budak ni tidak hilang pedoman dipanggil GAGAH.
Facebook AGAS
Twitter AGAS


█ Langgo Art

Facebook Langgo Art

Penerangan kau pergi tanya Akim. Dia yang bikin bende ni.









█ Johor Sketchers

Facebook Johor Sketchers

Yang ni kau tanya Tok Rimau dengan Taib AUR.










 p/s: bila gua baca balik ada mirip khutbah

Thursday, 7 November 2013

#PanggongPunggok tujuh kot

Bila aku perhati balik, aku dah secara tak langsung menjuruskan Agas Gegasi ni fkepada pemikir filem.. Tapi pemikir yang tidak suka menulis. Ya, kurang gemar menulis. Jadi segala pendapat yang diutarakan hanya bertebaran di udara sekejap dan terhapus bersama kepulan asap. Sebenarnya idea idea hebat itu tidak musnah cuma bertindak umpama proses perubahan tenaga. Dari cahaya matahari kepada tumbuhan kepada manusia kepada suara kepada getaran kepada tanah kepada ayam dan air. Tenaga adalah suatu entiti yang tidak musnah selagi belum kiamat. Jadi idea idea itu masih ada, tetapi pada jasad mana itu tidak dapat dipastikan.

Contohnya seperti itu hari, saya kembali ke hometown. Saya terus berjumpa dengan Admin King (dengar cerita bulan 12 dia sudah hendak bernikah) untuk memberikan sedikit buah tangan. Kami mulakan dengan topik topik yang luhur. Kami berbual dengan sangat tertib. Sering juga kalimah kalimah arab terucap dari mulut kami yang huru hara bercerita. Kemudian Rayhan Ahmad mumcul lewat dinihari untuk menyampai berita berita seni moden. Dari perbialan kami bertiga yang agak tergesa gesa, dapatlah saya tahu yang Rayhan ada kolobrasi dengan Seakan Bintang dalam suatu filem pendek bertajuk Karat. Pada awalnya saya fikir ini hanya parodi untuk fillem seram Karak, mamun jangkaan saya meleset, ini filem survival rupanya. Saya tidak menonton komplit pada malam itu, tapi ada juga Johnny Nepp mengutarakan pendapat. Dia banyak memuji kecantikan seni kamera pada filem Karat, kemudian ada mengutuk phase filem tersebut (kosa kata mengutuk ni terlalu hardcore pada hemat saya.. Keh keh keh). Padanya, punch line untuk filem itu ada tapi kurang jelas dari segi perbualan. Banyak jugak kalau nak dikaji semula, tapi nak kata macam mana ini 24 hour film project, never expect too much. Tapi satu aku puji duo Rayhan-Seakan Bintang, mereka berani buat. Tak macam gua, Anip dan iblis, banyak borak dan kondem.

Kemudian kami secara tak langsung telah berjaya mengarang semula skrip filem pendek "Wal-Let" yang terbengkalai setahun. Namun macam biasa tiada catitan, kami mengarang menggunakan rokok dan atmosfera sahaja. Sikap mengarang di atmosfera ini janganlah diikut, neacaya kau akan binasa dalam limbo.

Sbenarnya saya hendak beritahu Sabtu ini 9 November 2013, ada #PanggongPunggok di Embrace Hall macam buasa 8.30 malam. Gua tak tahu ini Panggong Punggok edisi keberapa. Selama gua buat poster gua tak pernah datang pun. Kah kah kah.


P/s: gua itu hari menggigil jugak nak sketch. Lama sial tak sketxh secara serius. Hari tu pun gua cincai, terus edit balik pakai komputer