Sunday 26 May 2013

Review Panggong Punggok 1 & 2

kelmarin baru saja selesai tayangan Panggong Punggok 5. ha, Panggong Punggok dah masuk 5 kali ditayangkan dah setakat ni(untuk yang tak tahu menahu, Panggong Punggok dijalankan sebulan sekali) maknanya dah masuk bulan ke-5 tapi satu pun gua tak review lagi, sebabnya gua nak lu orang datang sendiri tengok Panggong Punggok ni dan rasakan sendiri betapa osemnya Panggong Punggok ini(alasan).

okay,

Panggong Punggok merupakan acara bulanan yang diadakan di Embrace Hall, Taman Tampoi Indah pada setiap sabtu terakhir setiap bulan.  Panggok Punggok ni kerjanya menayangkan filem filem pendek Indiependen kepada umum menggunakan skrin dan soundsystem yang power. Panggong Punggok bukanlah acara yang lagha dan tak masuk akal, kerana selain menayangkan wayang secara percuma kami juga adakan sesi diskusi berkenaan dengan filem filem Indie yang ditayangkan di sini. Pembikin filem juga turut ada bersama ketika sesi diskusi dijalankan. penonton diberi kebebasan untuk bertanya dan menghentam pembikin filem jika tak berpuas hati dengan filem yang ditayangkan (walaupun anda sebagai penonton tak bayar sesen pun anda tetap layak untuk mengkritik tapi dengan idea & bukan menggunakan kepala lutut). 

Panggong Punggok 1

ini posternya


ada dua Filem yang ditayangkan iaitu KIRI & KERAJAAN LAUT

kedua Filem ini merupakan arahan daripada DeanSham daripada tulisan Tok Rimau. filem KIRI berkisarkan tentang definisi KIRI itu sendiri. bagaimana masyarakat memandang yang KIRI itu selalunya tak elok, cuci berak, korek hidung semua guna tangan kiri, yang buruk buruk semua KIRI yang baik semua kanan. cerita ini sebenarnya berkait dengan dendam seorang anak kepada pembunuh bapanya. nak tengok lebih, kena bagi ayat manis dekat Tok Rimau dulu.oh ya, KIRI pernah memenangi anugerah daripada BMW shorties. ha, power kan? an? an? 

Filem Kerajaan Laut pula merupakan parodi daripada peristiwa sebenar di Terengganu iaitu Kerajaan Langit yang diasaskan oleh Ayah Pin satu ketika dulu. Kerjaan Laut mengisahkan hal agama yang dipergunakan untuk kepentingan satu pihak tertentu. dimana, agama ini dijadikan candu supaya pengikutnya khayal tak menentu dihanyut arus laut biru. Pengikut agama Kerajaan Laut yang diketuai oleh Tok Pon dipergunakan, diberi ajaran yang karut dan menyembah sehingga taksub pada ketuanya. Kerajaan Laut  juga merupakan filem arahan DeanSham dan tulisan Tok Rimau, sangat power gabungan kedua lejen ini ya tuan tuan dan puan puan. jadi, jangan main gila dengan dua orang tua ini nanti dia "shoot" lu baru lu tau.

Panggong Punggok 2

ini posternya


Panggong Punggok 2 dijalankan pada 23 Februari 2013 juga bersamaan Sabtu terakhir bulan 2. pada bulan ini, Panggong Punggok menyertakan empat tayangan video, dua daripadanya ialah filem pendek.

Bumbung Aku Lantai Orang

Filem ini, merupakan juga arahan Dean Sham adaptasi daripada tulisan Tok Rimau dalam buku beliau terbitan Sindiket Soljah bertajuk Ayah Kita Bos 

Bumbung Aku Lantai Orang a.k.a BALO merupakan Filem berdurasi 28 minit, sinopsis disini : Laporan Bumbung Aku Lantai Orang. Filem ni power, juga inspired by true events. semua dalam cerita ni kaki pukul, siapa tak kaki pukul maka dialah yang akan dipukul. ha, gitu la lebih kurang. banyak pengajaran diselitkan disini dan The Makingnya pun kami tayangkan sekali pada Panggong Punggok 2. 

PAGAR

filem pendek arahan Fikri Kacak adaptasi daripada Buku Gangguan. 

ni ha poster 


cerita PAGAR ni pasal orang baru pindah rumah, lepas tu dekat rumah dia ada PAGAR. filem bergenre seram sampai cuak nak jenguk PAGAR rumah lu orang sendiri. filem ni best, lagi best dari filem seram bodoh hantu melayu yang lain. 

The Hellexist

ini video klip Hellexist ke Jakarta. menampilkan Jimbo sebagai vokalis dengan lirik yang hanya dia dan tuhan saja yang tahu. power bai lagu dia!

nah ini link youtube dia :


cukup dulu untuk Panggong Punggok 1 & 2. untuk 3, 4 & 5 gua akan sambung dalam masa terdekat. betul ni tak tipu.