Thursday 7 November 2013

#PanggongPunggok tujuh kot

Bila aku perhati balik, aku dah secara tak langsung menjuruskan Agas Gegasi ni fkepada pemikir filem.. Tapi pemikir yang tidak suka menulis. Ya, kurang gemar menulis. Jadi segala pendapat yang diutarakan hanya bertebaran di udara sekejap dan terhapus bersama kepulan asap. Sebenarnya idea idea hebat itu tidak musnah cuma bertindak umpama proses perubahan tenaga. Dari cahaya matahari kepada tumbuhan kepada manusia kepada suara kepada getaran kepada tanah kepada ayam dan air. Tenaga adalah suatu entiti yang tidak musnah selagi belum kiamat. Jadi idea idea itu masih ada, tetapi pada jasad mana itu tidak dapat dipastikan.

Contohnya seperti itu hari, saya kembali ke hometown. Saya terus berjumpa dengan Admin King (dengar cerita bulan 12 dia sudah hendak bernikah) untuk memberikan sedikit buah tangan. Kami mulakan dengan topik topik yang luhur. Kami berbual dengan sangat tertib. Sering juga kalimah kalimah arab terucap dari mulut kami yang huru hara bercerita. Kemudian Rayhan Ahmad mumcul lewat dinihari untuk menyampai berita berita seni moden. Dari perbialan kami bertiga yang agak tergesa gesa, dapatlah saya tahu yang Rayhan ada kolobrasi dengan Seakan Bintang dalam suatu filem pendek bertajuk Karat. Pada awalnya saya fikir ini hanya parodi untuk fillem seram Karak, mamun jangkaan saya meleset, ini filem survival rupanya. Saya tidak menonton komplit pada malam itu, tapi ada juga Johnny Nepp mengutarakan pendapat. Dia banyak memuji kecantikan seni kamera pada filem Karat, kemudian ada mengutuk phase filem tersebut (kosa kata mengutuk ni terlalu hardcore pada hemat saya.. Keh keh keh). Padanya, punch line untuk filem itu ada tapi kurang jelas dari segi perbualan. Banyak jugak kalau nak dikaji semula, tapi nak kata macam mana ini 24 hour film project, never expect too much. Tapi satu aku puji duo Rayhan-Seakan Bintang, mereka berani buat. Tak macam gua, Anip dan iblis, banyak borak dan kondem.

Kemudian kami secara tak langsung telah berjaya mengarang semula skrip filem pendek "Wal-Let" yang terbengkalai setahun. Namun macam biasa tiada catitan, kami mengarang menggunakan rokok dan atmosfera sahaja. Sikap mengarang di atmosfera ini janganlah diikut, neacaya kau akan binasa dalam limbo.

Sbenarnya saya hendak beritahu Sabtu ini 9 November 2013, ada #PanggongPunggok di Embrace Hall macam buasa 8.30 malam. Gua tak tahu ini Panggong Punggok edisi keberapa. Selama gua buat poster gua tak pernah datang pun. Kah kah kah.


P/s: gua itu hari menggigil jugak nak sketch. Lama sial tak sketxh secara serius. Hari tu pun gua cincai, terus edit balik pakai komputer