Thursday, 30 October 2014

Panggung Punggok Wujud Lagi Ke?

Pada satu tengah hari yang hiruk pikuk, saya berjalan menuju ke bandaraya Johor Bahru. Walaupun saya ada motor, namun saya berjalan. Ini namanya indie. Awak apa tahu? Baru suruh pegang anjing dah menggelabah  seperti kena liwat. 

Saya teruskan perjalanan dengan memerhati alam sekeliling. Di sepanjang perjalanan , saya lihat masharakat di Johor Bahru ini seperti sudah tidak tentu arah. Mereka dah mula pergi ke taman aktiviti Angry  Bird, ada juga yang pergi dengar lagu 'awak kat mana..awak awak kat mana?' . Dan keadaan ini memaksa saya untuk berfikir apa punca masharakat ini berperangai aneh sebegini.

Secara tiba tiba ada sa-ekor punggok datang menghinggap di atas bahu saya dan berbisik halus. 

"Mana pergi Panggung  Punggok setan?!!!"

Serentak dengan itu saya terbangun dari mimpi. Jadi, begitulah ceritanya Panggung Punggok ini  kembali menerjah masharakat johor bahru. 

Jadi, malam ini marilah kita berkompol tanpa mengira perbedaan ideologi politik, kasta, mahupun mazhab di Embrace Hall Tampoi Utama untuk membedah filem Bin Filem.
Pesta Halloween boleh Panggong Punggok pun boleh