Saya teruskan perjalanan dengan memerhati alam sekeliling. Di sepanjang perjalanan , saya lihat masharakat di Johor Bahru ini seperti sudah tidak tentu arah. Mereka dah mula pergi ke taman aktiviti Angry Bird, ada juga yang pergi dengar lagu 'awak kat mana..awak awak kat mana?' . Dan keadaan ini memaksa saya untuk berfikir apa punca masharakat ini berperangai aneh sebegini.
Secara tiba tiba ada sa-ekor punggok datang menghinggap di atas bahu saya dan berbisik halus.
"Mana pergi Panggung Punggok setan?!!!"
Serentak dengan itu saya terbangun dari mimpi. Jadi, begitulah ceritanya Panggung Punggok ini kembali menerjah masharakat johor bahru.
Jadi, malam ini marilah kita berkompol tanpa mengira perbedaan ideologi politik, kasta, mahupun mazhab di Embrace Hall Tampoi Utama untuk membedah filem Bin Filem.
No comments:
Post a Comment