Wednesday 24 June 2015

Panggong Punggok 12

Poster Muallaf by Pert Doherty.
Dia sorang je desain poster Muallaf  pakai Amani.

Sampena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, kami bawakan karya Muallaf oleh Arwah Yasmin Ahmad kepada *antum sekalian. Apa yang menarik kali ini ialah tayangan Panggung Punggok 12 dijadualkan berlangsung selepas masuk waktu Maghrib dan dimulakan dengan aktiviti makan makan berat yang mana merupakan aktiviti 'rare' dalam siri siri Panggung Punggok yang lain.

Sebelum ini peserta kebanyakannya cuma menghisap rokok seludup di bahagian luar Embrace Hall  sebelum menunggu acara bermula. dan acara juga biasanya bermula terlebih lambat dari waktu yang dijanjikan akibat dari penganjur( AGAS) yang masih tak reti reti nak 'setup' laptop dan projektor LCD secara millenium.

Pada sesi diskusi kali ini kami juga akan bawakan kepada *antum antuma sekalian sesi perkongsian satu topik dalam Buku Nota Filem yang diselenggara oleh Saudagar Gazali Ramli berkenaan dengan Filem Muallaf , hasil tulisan Saudara Mohamad Yusoff.

jadi, untuk tidak memanjangkan penulisan yang hambar ini saya sudahi dengan menjemput enta enti antum antumna semuanya untuk mengimarahkan aktiviti ini. dan ringankanlah diri membawa juadah berbuka puasa.

*antum= engkorang/luorang/hangpa

p/s : kalau ikut facebook, hari ni harijadi Pert.

No comments:

Post a Comment