tadi petang selesai satu event PuisiSatuPetang + BukuJalananPasirGudang bertempat di Taman Bukit Layang Layang. aku pergi jugak tadi. tengok tengok apa yang patut dan aku beli satu jenis zine dari budak budak ZineSatuMalam.tajuk dia Zine Untuk Gaza. aku pergi lambat jugak tapi sempat jugak mencapub baca puisi dari zine diorang. secara keseluruhannya, best. tempat best, cuaca best, buku tak banyak tapi cukup aku rasa buat setakat ni. sebab aku tengok banyak je buku yang orang tak ambik baca dekat alas kain pelikat tadi. dan tak ketinggalan, ada juga makcik makcik yang kasi support. baca puisi dan derma untuk tabung Gaza.
ok setakat tu je komen aku, aku tak bawak kemera, jadi takada gambar.
lepas dari tu, aku lepak dengan Gaban dengan Kama (Aman) minum minum sambil cerita wawasan visi dan jugak misi yang mengarut tentang perjuangan dan masa depan yang entah bila nak realise. tapi tu lah orang kata, mula dengan angan angan dan jangan dimatikan angan angan tu. biarkan dia hidup dan bagi dia nyawa. ceewah.
jadi,
bulan ni dah kena buat kerangka aktiviti tahun depan. bukan kerengga. ha tak lawak kan? pegi mampus.
ouhh, lawak lawak. tak pegi mampus kan?
ReplyDeleteteaching plan benda biasa bagi kau jadi aku percaya buat kerangka aktiviti ni lagi kacang bagi kau, gambatte kakaka
ReplyDelete