Thursday, 26 July 2012

GEGASI #1

Maaf maaf dan maaf atas kelewatan yang aku buat untuk mengemas kini apa yang terjadi dalam acara yang dianjurkan oleh geng-geng Agas dalam tempoh berhari-hari yang lepas.


Untuk pengetahuan penduduk atas kerusi yang baca blog ni, lama-lama (lama-lama untuk perkara yang dah lama dah lepas) kiteorang ada anjurkan satu acara yang gempaks gila babeng gua cakap lu, acara yang "rare" gila berlaku di kawasan Johor Bahru.


Nak tahu acara apa?
Korang boleh tinjau di page Agas : Agas Best


Tapi kalau korang nak aku cerita juga boleh juga, tak ada masalah aku akan mula cerita mula dari.... SEKARANG!


Bismillah, pada suatu hari dan hari tu jatuh pada 23 jun 2012, geng-geng yang hensom belaka ni ada menganjurkan satu acara yang di panggil "Malam menyaksikan GEGASI berGASAK sambil makan POPKON dengan makwe berNAMA AI LOLIPOP" ini merupakan acara yang kedua selepas acara sulung Aga di Hutan Bandar tu, ingat tak? ingat tak? Kalau tak ingat boleh juga tinjau apa yang jadi masa tu di : Eskapis Dunia Maya malas aku nak cerita tengok sendiri, kah kah. Okay berbalik pada tunggak utama aku update blog ni, jadi nak pendekkan cerita berikut ialah secara kasarnya apa yang berlaku masa malam hebak tu :


Malam menyaksikan GEGASI berGASAK sambil makan POPKON dengan makwe berNAMA AI LOLIPOP

Tingkahlaku/ Aktiviti :

i. Pelancaran Buku Gasak :
- Tok Rimau
- Fikri Kacak
- Ai Yusuf
- AMAN
- Tyrana

GASAK
adalah antologi cerpen-cerpen aksi dengan slogan, "Lebih baik mati dengan prinsip daripada hidup macam pondan."

ii. Pelancaran Buku Popkon oleh :
- Sallehrazak

POPKON : Koleksi Puisi Sallehrazak
"kau bukan gula-gula kapas yang bagiku cuma lembut
kau terlahir sebagai popkon yang rangup dan manis
yang aku nikmati dalam gelap menghadap pelbagai
genre dilayar panggung"

iii.Pelancaran Buku Nama Ai Lolipop :

NAMA AI LOLIPOP
"Hidup memang sentap!" -Suri Rumah Terdesak

iv. Sesi persembahan (opera) open suara mic :
- Saudagar Garam
- Rayhan Ahmad
- Ah Chai The Gorgom
- Farhan 'The Gangren' Paan
- Pert Doherty
- Double Wan ( wewet dan ridwan) 
- Anda-anda yang kool 


Ramai juga makwe-makwe dan juga pakwe-pakwe yang datang malam tu, kalau nak kata rugi tu memanglah pada siapa yang tak datang, tapi tak apa jangan terlepas pula acara yang mendatang nanti.

Visual yang ada :

Bacaan Puisi Popkon dari Xalleh RazaX

"Stand Up Comedy" dari Saudagar Garam

"Preview" buku Gasak dari Tok Rimau

"Preview" buku Gasak dari Fikri Kacak

Santapan dari geng Agas oleh Acai (Serupa Meor beb dia nyanyi)


Banyak lagi visual yang menanti, jemput jenguk di Agas Best Gila! *klik sambil jerit


Sekian.

1 comment:

  1. aku sempat menyinggah tapi kelihatan majlis lambat benar berlangsung, dan aku pulang penuh hampa


    dan penuh cemburu.

    ReplyDelete