Wednesday 21 November 2012

Road To KLWRF

5 November (kalau tak silap)

(Nada dering Nokia original)

Gua angkat.

"Helo"
"Ha helo"
"Kau 16 nanti free tak?", Tok Rimau tanya gua.
"Free", Gua jawap ringkas. Gua kalau bual dalam telefon hal-hal free-tak-free ni, gua akan sedikit blur. Dan gua jawap pakai bahagian medula oblongata.
"Ni pasal Naga nak AGAS at least sorang datang awal untuk tolong untuk KLWRF nanti", Tok Rimau terangkan.
"Ok, boleh.. boleh..", gua laju bersetuju.



10 November

Gua pergi kerja kahwin Nizam dan Abid. Jumpa kawan-kawan lama. Dan macam biasa pergi kerja kahwin ada soalan-soalan retorik yang muncul. Dan kau semua boleh paham sendiri. Gua fast-forwardkan ke perbualan yang sepatutnya. Perbualan gua dengan Anip.

"Ni yang KLWRF tu apa cerita? Kau pergi tak?", tanya gua.
"Aku pergi. tapi tak tentu lagi gerak hari apa", Anip jawap dengan sedikit unsur dilema.
"Kau pergi naik apa?", Anip tanya gua pula.
"Naik bas.. tak pun naik kereta Jawa kalau dia confirm nak gerak KL", gua terangkan satu per satu opsyen-opsyen yang bakal gua guna. Gua ni rupanya orang yang berperancangan, detik hati gua. Berwawasan. Kah kah kah.
"Kau naik sekali dengan aku je la", Anip memberi lagi satu opsyen.
"Ok", gua pantas memberi persetujuan. Ini secara tak langsung boleh membatalkan opsyen-opsyen lama yang gua telah rancang.
"Tapi aku tak konfem lagi, dalam hari Isnin aku akan konfemkan pasal sekolah aku lain macam sikit, dia nak aku pergi mengajar jugak walaupun hari cuti. Kakakaka", Anip menerangkan kondisinya berkenaan hal-hal orang kerajaan. Gua tak ambil pusing, pasal gua sekarang dah stick dekat satu opsyen saja. Kereta Anip. Kereta Kancil warna Merah Anip.

Perbualan itu tutup macam itu saja untuk hari itu. Kerana hari sudah senja.


12 November

Gua ke kebun Jawa. Kebun sawit. Gua payah sikit sebenarnya kalau nak ke kebun ni. Dulu pun gua tolong dia baja. Itu zaman awal-awal kebun ni nak mula. Ni sekarang nak menuai. Tanpa ada stretching semua, gua, Ijat dan yang utama Jawa menjajah kebun. Tandan-tandan menunjukkan tanda muai dengan minyak. Gua ambil senjata parang panjang sahaja, pasal gua nak tebas buka jalan ke pangkal pokok. Ijat ready dengan ganco, dia lebih berpengalaman hal-hal kargo. Jawa tugas utama dia turunkan buah, dia ambil senjata pahat. Tugas bermula dari pukul 3 petang. Di mana langit dah mula menjatuhkan butiran cecair ikatan hidrogen dan oksigen secara rawak namun kecil. Kerja tidak tergendala langsung. Apabila gua sudah berlengging, gua tidak fikir panjang untuk menebas.

Ini bukan gambar yang berkenaan. Ini gambar Jawa zaman bila entah.
Pukul 6 setengah petang menghala ke pukul 6 tiga suku. Suasana dah jadi lebih gelap dari biasa dengan sedikit bantuan mother-nature yang dah mendung dari awal-awal tadi. Baris pokok terakhir tidak diusik akibat dah tak nampak buah sawit punya warna, semua benda tiba-tiba jadi ibarat grey scale. Tandan-tandan yang dah turun awal-awal tadi semua dah berjaya dikumpul di tepi kebun. Selesai semua dalam pukul 7.15 malam.

Gua buka henfon.
Ada miskol. Gua abaikan.

"Woi jadi tak?", gua meset pada Anip.

Hal-hal sawit berakir di situ. Kemudia gua, Ijat dan Jawa pergi makan. Makan nasi lemak sampai dua pinggan seorang lebih kurang.

*      *      *

Dah pukul berapa entah, gua dah balik rumah.

"Jadi", Anip riplai meset gua. Cilaka apa, gua nyaris dah terlupa punca asal meset dari Anip ni atas sebab apa.


15 November

"Dengar cerita turun KL", Atyrah meset gua dalam area pukul 1 tengah hari.
"Petang ni kot gua gerak", gua riplai megah, pasal yakin Anip ambil gua petang ni.

Dalam kemudian sikit.

"Aku kat bengkel ni, kereta servis", Anip telefon beritahu keaadaan yang dah ada ura-ura hendak huru-hara.
"Dalam pukul 6 petang la baru gerak dari sini", Anip meyakinkan gua.

"Oh ok la macam tu, tak jadi hal", gua jawab steady walaupun gua tahu keadaan akan jadi lebih gila kejap lagi. Gua baru lepas siap-siap pakai deodorant, pakai seluar, dan baju.

*      *      *

Panjang juga sebernarnya isu kereta di bengkel. Kejap-kejap Anip talipon gua. Kejap-kejap Anip talipon gua.

Tapi gua cuba jadi optimis.

Penutupnya, "Woi tak boleh gerak hari ni, besok baru kereta keluar bengkel". Optimis gua entah kemana entah lepas tu.

Gua senyum. Macam ni gua kena buka opsyen lama balik lah.

Naik bas.



p/s: If you fail to plan, you are plan to fail. Ini pujangga anak anjing mana entah. 

No comments:

Post a Comment