Monday, 15 April 2013

#PanggongPunggok yang ke 4 kali.

Satu benda yang gua jangka setiap bulan.

Blog ni takkan ada update.

Blog ini takkan ada update jikalau AGAS GEGASI  ni takda buat TAYANGAN FILEM PENDEK.

Bermakna setiap kali gua update adalah untuk menyebarkan pasal PANGGONG PUNGGOK.

Tapi setahu gua tiada yang ambil berat sangat mengenai hal ini sangat. Atas kerana hal yang diberi secara percuma penghargaan itu adalah kurang. Adakala ada benarnya juga tidak diberikan 'free-education' dekat malaysia ini. Ini adalah sebab orang malaysia ini ramainya yang kurang menghargai. Bercakap secara general.

Dan setiap kali Johnny Nepp up event dekat facebook, setiap kali itulah juga Mark Zuckerberg main peranan meletakkan Embrace Hall dekat Singapore. Dan menyusahkan untuk budak-budak yang kurang-hardcore-nya untuk tahu dekat mana Embrace Hall. Dan cilakelah kalau nak ke Embrace Hall kita perlukan paspot. Itu tidak betul. Itu tidak betul. Embrace Hall ini dekat Perling. Dan Perling itu adalah sejenis burung sebenanrnya.

Panduan nak ke Embrace Hall ada dekat blog EMBRACE HALL itu sendiri.

Dan kali ini kami sekali lagi melancarkan secara berjemaah dengan Sindiket Sol-Jah dan juga Embrace Records.


Tayangan Filem Pendek Independen beserta Diskusi.

Ditayang setiap bulan, hat ni dah masuk tayangan keempat.

Tayangan Bulan Ini :

i) Pemburu Buaya Darat oleh Tok Rimau
ii) Traffic Light oleh Jay Arc
iii) Bukit Pasir oleh Anep
iii) 3 filem DOKUmentari oleh Timmy Fahmy


BACA NI !

ini kali kami kasi spesial, siap ada mini bengkel filem dari pengarah filpen tersohor iaini tak lain tak bukan saudara Khairi Maulana Ya Habibi. siapa ada kemera, handycam, campro, gopro, dslr, dslt, helga, holga, lomo, lynux, lumia, lenka semua bawak. kita ada misi!

no.14-02,Jln Sri Perkasa 2/22, Tmn Tampoi Utama,81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia.





p/s: gua tak paham apasal budak-budak ni malas betul nak tulis sini.


Monday, 25 March 2013

#PanggongPunggok3

Ni apa cerita ni blog ni.

Dah- dah gua nak updet pasal #panggongpunggok.



Ni merupakan kali ke tiga. Yang kali kedua punya poster tak masuk blog pasal blog ni tak popular. Selain itu hal istiqamah juga main peranan. Hal popular itu tolak tepi kalau kau pegang istiqamah tu.

Benda menyebarkan flyer ke poster ni datang rebel dia tu bila kau dahulukan dengan istiqamah. Bukan sambil lewa saja buat kerja.

Kalau tak rebel kau tu cuma macam pergi makan tahi kapitalis.


Dan isu sekarang ialah gua nak suruh orang pergi #PanggongPunggok3 ni.

Sebab adalah rugi kalau kau ambil tidak endah sahaja perjuangan-perjuangan pembikin filem pendek yang tidak mempunyai modal sangat. Ambil pelakon kawan-kawan, set lakonan pun dekat dengan rumah. Aksi yang tidak berdarah-darah.

Jadi saya seru pemodal-pemodal yang mempunyai kapital yang banyak itu, yang boleh menilai keindahan idea yang datang dari golongan marhaen ini membikin filem datanglah ke majlis gilang gemilang ini.

Jika pengarah yang kamu rasa 'boleh pergi' itu ada, sokonglah bantulah mereka dengan modal yang kamu ada. Jangan la tamak mengejar kekayaan sehingga terlupa orang lain.

Jadi sekali lagi saya menyeru golongan awam, yang rajin ke massage, yang rajin ke wayang TGV, yang rajin ke snuker, yang rajin ke CC, yang rajin mana-mana yang gampang menghabiskan duit sahaja kerja, baiklah ke majlis ilmu ini. Lebih senang dikenali dengan nama PANGGONG PUNGGOK. Disebabkan ini anjuran kali ketiga, jadi kalau nak ajak kawan-kawan di twitter buatlah hashtag #PanggongPunggok3.


Kalau tidak mahu, pergi la mati. Gua tak pedulik. Jabatan agama pun selalu nak bagi zakat, tapi kalau orang tak datang kadang-kadang mereka terlepas pandang juga mana orang memerlukan. Sama ja konsepnya macam gua. Gua dan jabatan agama ni dia punya clash sikit je kalau ikutkan, yang lain-lain banyak sama.


#PANGGONGPUNGGOK3

SABTU   30 MAC 2013   EMBRACE HALL

Jalan Sri Perkasa 2/22, Taman Tampoi Utama, 81200, Johor Bahru, Johor


Filem yang bakal ditayang kali ini


Mengait Bintang by Dean Sham
Pemandu Pelencong by Tok Rimau
Enam Lorong by Syed Syahrul Zarizi
Super Ring by Rizal Gunx



ah. malas ah gua cakap lagi.

Datang je la.

ANJURAN




p/s: power beb. power.

Tuesday, 22 January 2013

#PanggongPunggok

#PANGGONGPUNGGOK

Walaupun tak berapa banyak pun orang yang menjenguk blog ini. Tapi peduli apa . gua tulis jugak. Walaupun sebenarnya gua cuma plagiat dari Blog asal gua.

Panggong Punggok ini tak lain tak bukan majlis ilmu dan amal yang dianjur oleh 3 badan berkanun. AGAS GEGASI, Sindeket Sol-Jah, dan Embrace Records. Majlis ini berlangsung pada 26 Januari 2013 pada hari Sabtu ini. Bertempat di Embrace Hall. Pukul 8.30 malam.

ni peta. gua rembat dekat maispes J80000 Hardcore


"Sedarilah wahai manusia, jalan nak berilmu dan nak beramal bukan terumpuk pada hal-hal membuat air kopi, atau berniaga pasar malam sahaja. Kadang kala majlis-majlis seperti ini juga boleh membuat anda membantu masyarakat secara tidak langsung."
 - kata salah seorang aktivis yang terlibat dalam projek Panggong Punggok ini.




Apa yang akan berlaku pada majlis 'PANGGONG PUNGGOK' ni?
Tayangan Filem Pendek beserta diskusi

Judul filem yang bakal ditayangkan : 
i) KIRI 
ii) KERAJAAN LAUT 

kedua-dua filem ini adalah arahan orang yang sama. Dengar cerita pengarah filem ini akan ada bersama.


Ada kala daripada asik ke Legoland, ada baik kita ke majlis yang tak kenakan cas macam ni.

siapa rajin pergi print poster ni. Ajak ibu bapa.


p/s: datang la woi. Gua ingat  nak cari makwe lah dekat Panggong Punggok ni.

Sunday, 2 December 2012

Disember Aku Datang

tadi petang selesai satu event PuisiSatuPetang + BukuJalananPasirGudang bertempat di Taman Bukit Layang Layang. aku pergi jugak tadi. tengok tengok apa yang patut dan aku beli satu jenis zine dari budak budak ZineSatuMalam.tajuk dia Zine Untuk Gaza. aku pergi lambat jugak tapi sempat jugak mencapub baca puisi dari zine diorang. secara keseluruhannya, best. tempat best, cuaca best, buku tak banyak tapi cukup aku rasa buat setakat ni. sebab aku tengok banyak je buku yang orang tak ambik baca dekat alas kain pelikat tadi. dan tak ketinggalan, ada juga makcik makcik yang kasi support. baca puisi dan derma untuk tabung Gaza.

ok setakat tu je komen aku, aku tak bawak kemera, jadi takada gambar. 

lepas dari tu, aku lepak dengan Gaban dengan Kama (Aman) minum minum sambil cerita wawasan visi dan jugak misi yang mengarut tentang perjuangan dan masa depan yang entah bila nak realise. tapi tu lah orang kata, mula dengan angan angan dan jangan dimatikan angan angan tu. biarkan dia hidup dan bagi dia nyawa. ceewah. 

jadi,

bulan ni dah kena buat kerangka aktiviti tahun depan. bukan kerengga. ha tak lawak kan? pegi mampus.

Tuesday, 27 November 2012

KLWRF & MASKARA KL KITA PUNYA

okay, memandangkan Perty dah banyak mengulas tentang liku liku yang dihadapi sebelum ke KLWRF jadi aku ingat aku tak payah nak ulas banyak sangat tentang hal tu. aku cuma menjawab beberapa benda yang aku rasa perlu jawab sahaja. dan untuk KLWRF, aku akan cuba ulas dengan baik tentang perjalanan dan proses dari sebelum semasa dan selepas secara keseluruhan.

sebelum apa apa
fyi AGAS ini dijemput khas oleh Sindiket Soljah untuk menjadi krew pembabitan bersama dalam menjayakan dua acara gergasi iaitu Kuala Lumpur Writers & Readers Festival dan jugak Maskara : Kuala Lumpur Kita Punya. siang, KLWRF dan malam pula MASKARA KL KITA PUNYA. selama dua hari dua malam. ulang sekali lagi DUAHARI DUAMALAM. pehhhh ruginya tak datang.


jadi dalam AGAS aku, Ray dengan Perty yang kata on untuk contribute dalam event yang gila besar ni. terimakaseh pada Sinaganaga sebab bagi peluang untuk kami kami ni belajar benda yang baru. 2 acara ni berlangsung selama duahari dan duamalam. dari sabtu pagi sampailah ke ahad malam isnin. 

Perty dengan Ray dah sampai awal, diorang sampai jumaat petang tolong Naga susun kerusi dengan meja. aku pulak petang Jumaat tu baruu nak gerak dari JB. okay, sepatutnya aku gerak hari khamis dengan Perty tapi kereta ada masalah hantar bengkel then kena tangguh sampai la jumaat petang. dan sepatut patutnya, aku bawak kereta Honda mak aku tapi kereta dijangka siap lagi loama dari kereta aku sebab pakcik aku hantar pegi woksyop jugak. last last aku tungguu la sampai siap kereta Kancil Merah aku, Jumaat petang gerak dan masa tu Perty dengan Ray dah selamat sampai ke tapak KLWRF. 

jadi, disebabkan aku lambat tiba ke KL, aku qada'kan dengan buat buat sibuk kesana kemari. he he macamanapun terimakaseh banyak  pada Naga, Opi, Jasdy, Dean Sham, Tok Rimau, Mat Jan, Spyz, dan semua timnas Sindiket Soljah yang bagi kami elaun rokok, KFC, hotel merah dan angpau. korang memang best. ha ha

mana mana yang aku ada buat salah tuuuu. maafiin ya dong. okay sebelum terlanjur, hari Isnin sebelum AGAS pulang ke ganggang, kami jugak diberi  ilmu menurun dari Jenderal Sinaganaga. dan ilmu yang dia bagi tu akan kami cuba manipulasi ke benda benda yang kami suka. ha ha ha

Wednesday, 21 November 2012

Road To KLWRF

5 November (kalau tak silap)

(Nada dering Nokia original)

Gua angkat.

"Helo"
"Ha helo"
"Kau 16 nanti free tak?", Tok Rimau tanya gua.
"Free", Gua jawap ringkas. Gua kalau bual dalam telefon hal-hal free-tak-free ni, gua akan sedikit blur. Dan gua jawap pakai bahagian medula oblongata.
"Ni pasal Naga nak AGAS at least sorang datang awal untuk tolong untuk KLWRF nanti", Tok Rimau terangkan.
"Ok, boleh.. boleh..", gua laju bersetuju.



10 November

Gua pergi kerja kahwin Nizam dan Abid. Jumpa kawan-kawan lama. Dan macam biasa pergi kerja kahwin ada soalan-soalan retorik yang muncul. Dan kau semua boleh paham sendiri. Gua fast-forwardkan ke perbualan yang sepatutnya. Perbualan gua dengan Anip.

"Ni yang KLWRF tu apa cerita? Kau pergi tak?", tanya gua.
"Aku pergi. tapi tak tentu lagi gerak hari apa", Anip jawap dengan sedikit unsur dilema.
"Kau pergi naik apa?", Anip tanya gua pula.
"Naik bas.. tak pun naik kereta Jawa kalau dia confirm nak gerak KL", gua terangkan satu per satu opsyen-opsyen yang bakal gua guna. Gua ni rupanya orang yang berperancangan, detik hati gua. Berwawasan. Kah kah kah.
"Kau naik sekali dengan aku je la", Anip memberi lagi satu opsyen.
"Ok", gua pantas memberi persetujuan. Ini secara tak langsung boleh membatalkan opsyen-opsyen lama yang gua telah rancang.
"Tapi aku tak konfem lagi, dalam hari Isnin aku akan konfemkan pasal sekolah aku lain macam sikit, dia nak aku pergi mengajar jugak walaupun hari cuti. Kakakaka", Anip menerangkan kondisinya berkenaan hal-hal orang kerajaan. Gua tak ambil pusing, pasal gua sekarang dah stick dekat satu opsyen saja. Kereta Anip. Kereta Kancil warna Merah Anip.

Perbualan itu tutup macam itu saja untuk hari itu. Kerana hari sudah senja.


12 November

Gua ke kebun Jawa. Kebun sawit. Gua payah sikit sebenarnya kalau nak ke kebun ni. Dulu pun gua tolong dia baja. Itu zaman awal-awal kebun ni nak mula. Ni sekarang nak menuai. Tanpa ada stretching semua, gua, Ijat dan yang utama Jawa menjajah kebun. Tandan-tandan menunjukkan tanda muai dengan minyak. Gua ambil senjata parang panjang sahaja, pasal gua nak tebas buka jalan ke pangkal pokok. Ijat ready dengan ganco, dia lebih berpengalaman hal-hal kargo. Jawa tugas utama dia turunkan buah, dia ambil senjata pahat. Tugas bermula dari pukul 3 petang. Di mana langit dah mula menjatuhkan butiran cecair ikatan hidrogen dan oksigen secara rawak namun kecil. Kerja tidak tergendala langsung. Apabila gua sudah berlengging, gua tidak fikir panjang untuk menebas.

Ini bukan gambar yang berkenaan. Ini gambar Jawa zaman bila entah.
Pukul 6 setengah petang menghala ke pukul 6 tiga suku. Suasana dah jadi lebih gelap dari biasa dengan sedikit bantuan mother-nature yang dah mendung dari awal-awal tadi. Baris pokok terakhir tidak diusik akibat dah tak nampak buah sawit punya warna, semua benda tiba-tiba jadi ibarat grey scale. Tandan-tandan yang dah turun awal-awal tadi semua dah berjaya dikumpul di tepi kebun. Selesai semua dalam pukul 7.15 malam.

Gua buka henfon.
Ada miskol. Gua abaikan.

"Woi jadi tak?", gua meset pada Anip.

Hal-hal sawit berakir di situ. Kemudia gua, Ijat dan Jawa pergi makan. Makan nasi lemak sampai dua pinggan seorang lebih kurang.

*      *      *

Dah pukul berapa entah, gua dah balik rumah.

"Jadi", Anip riplai meset gua. Cilaka apa, gua nyaris dah terlupa punca asal meset dari Anip ni atas sebab apa.


15 November

"Dengar cerita turun KL", Atyrah meset gua dalam area pukul 1 tengah hari.
"Petang ni kot gua gerak", gua riplai megah, pasal yakin Anip ambil gua petang ni.

Dalam kemudian sikit.

"Aku kat bengkel ni, kereta servis", Anip telefon beritahu keaadaan yang dah ada ura-ura hendak huru-hara.
"Dalam pukul 6 petang la baru gerak dari sini", Anip meyakinkan gua.

"Oh ok la macam tu, tak jadi hal", gua jawab steady walaupun gua tahu keadaan akan jadi lebih gila kejap lagi. Gua baru lepas siap-siap pakai deodorant, pakai seluar, dan baju.

*      *      *

Panjang juga sebernarnya isu kereta di bengkel. Kejap-kejap Anip talipon gua. Kejap-kejap Anip talipon gua.

Tapi gua cuba jadi optimis.

Penutupnya, "Woi tak boleh gerak hari ni, besok baru kereta keluar bengkel". Optimis gua entah kemana entah lepas tu.

Gua senyum. Macam ni gua kena buka opsyen lama balik lah.

Naik bas.



p/s: If you fail to plan, you are plan to fail. Ini pujangga anak anjing mana entah. 

Tuesday, 18 September 2012

#JBWRF (Part 1 yang tak sedap)


JBWRF ini tak lain tak bukan cuma kisah pengembaraan golongan-golongan borjuis dari serata negeri-negeri lain selain Johor. Ini bukan suka-suka aku tulis macam ni. Memang JBWRF ini kisah adventur.

Saya tiba di hotel (JA Residence) dah larut malam jugak walaupun belum masuk pagi lagi. Pasal pada belah petangnya saya ada ke majlis pertunangan kawan saya, Fauzi Ahmat. Peh, dia masa tunang tu baju siap tuck-in. Tuck-in bai. Tuck-in. Macam cilake gua perhati. Jarang kawan-kawan kalau ada majlis gua terajang ari-ari. Tapi dia ni antara beruntung dapat rasa terajang gua dekat ari-ari.

Benda hal tunang dan kekeluargaan tu habis petang 15 September. Dan ini kisah bosan.

Malam tu saya, Ayob Wahid, dan Sufi Al-Fard berniat nak melepak sebentar bersama Kepala Manchiss (Johnny Nepp or Admin King blog ni), Saudagar Garam dan siapa-siapa lagi ada. Sebab lama tak jumpa barangkali.

Penyudahnya, Kepala Manhciss lambat macam gampang. Saudagar Garam pula menjemput tunangannya. Jadi proses melepak tidak menjadi. Ayob Wahid dan Sufi Al-fard pun balik ke Parit Raja atas alasan besok ada kenduri. Kenduri mengenai apa saya tidak ambil tahu. Dan meyakinkan saya bahawa mereka akan datang besok pada hari berlangsungnya JBWRF.

Eh babinya gua tulis macam ni. Ingat ini jurnal ke apa.


*      *       *

11 malam cincai (15 September).

Tak semua publisher/writer/editor/artis/rokstar turun dekat lobi hotel. Siapa je yang ada. Kalau aku tulis pun bukan ada yang ambil kisah dengan mereka ini. Kah kah kah.

Tok Rimau, Sinanganaga Lan Benhussain, Pyanhabib, Bart Ahmad, Fikri Misti, Jasdy Syarman, Stam Mustapha, Faisal Mustaffa, Ajami Hashim, lagi siapa entah pasal saya tidak tangkap gambar malam itu.

Kepala Manchiss ditugaskan membawa batalion tadi berjalan-jalan di Danga Bay oleh Tok Rimau selaku Kapten kali ni. Kau tengok King pun kena buat kerja. Kalau suruh saya bawa berjalan di Johor Bahru saya cuma tahu bawa ke masjid. Dan kalau pukul sebelas sekumpulan rokstar nak masuk masjid selalunya orang akan fikir bukan-bukan. Jadi lebih baik Kepala Manchiss incas.

Apa benda jadi di Danga Bay tidak perlu saya ceritakan. Ini hal-hal peribadi.


*      *      *

16 September 2012. JB WRITERS + READERS FEST

Ini sebelum apa-apa.


Ok part ini bersambung nanti la. Malas saya hendak tulis awal-awal. Sebab banyak betul kisah-kisah menarik sepanjang pemerhatian saya. Banyak benar. Tapi saya bukan reporter. Saya cuma pemerhati.



p/s: Ayob Wahid dan Sufi Al-fard dan-dan sakit perut la hapa tak datang. Gua masa dapat meset tu rasa macam nak menangis. Tapi gua tabah.