Sunday, 2 December 2012

Disember Aku Datang

tadi petang selesai satu event PuisiSatuPetang + BukuJalananPasirGudang bertempat di Taman Bukit Layang Layang. aku pergi jugak tadi. tengok tengok apa yang patut dan aku beli satu jenis zine dari budak budak ZineSatuMalam.tajuk dia Zine Untuk Gaza. aku pergi lambat jugak tapi sempat jugak mencapub baca puisi dari zine diorang. secara keseluruhannya, best. tempat best, cuaca best, buku tak banyak tapi cukup aku rasa buat setakat ni. sebab aku tengok banyak je buku yang orang tak ambik baca dekat alas kain pelikat tadi. dan tak ketinggalan, ada juga makcik makcik yang kasi support. baca puisi dan derma untuk tabung Gaza.

ok setakat tu je komen aku, aku tak bawak kemera, jadi takada gambar. 

lepas dari tu, aku lepak dengan Gaban dengan Kama (Aman) minum minum sambil cerita wawasan visi dan jugak misi yang mengarut tentang perjuangan dan masa depan yang entah bila nak realise. tapi tu lah orang kata, mula dengan angan angan dan jangan dimatikan angan angan tu. biarkan dia hidup dan bagi dia nyawa. ceewah. 

jadi,

bulan ni dah kena buat kerangka aktiviti tahun depan. bukan kerengga. ha tak lawak kan? pegi mampus.

Tuesday, 27 November 2012

KLWRF & MASKARA KL KITA PUNYA

okay, memandangkan Perty dah banyak mengulas tentang liku liku yang dihadapi sebelum ke KLWRF jadi aku ingat aku tak payah nak ulas banyak sangat tentang hal tu. aku cuma menjawab beberapa benda yang aku rasa perlu jawab sahaja. dan untuk KLWRF, aku akan cuba ulas dengan baik tentang perjalanan dan proses dari sebelum semasa dan selepas secara keseluruhan.

sebelum apa apa
fyi AGAS ini dijemput khas oleh Sindiket Soljah untuk menjadi krew pembabitan bersama dalam menjayakan dua acara gergasi iaitu Kuala Lumpur Writers & Readers Festival dan jugak Maskara : Kuala Lumpur Kita Punya. siang, KLWRF dan malam pula MASKARA KL KITA PUNYA. selama dua hari dua malam. ulang sekali lagi DUAHARI DUAMALAM. pehhhh ruginya tak datang.


jadi dalam AGAS aku, Ray dengan Perty yang kata on untuk contribute dalam event yang gila besar ni. terimakaseh pada Sinaganaga sebab bagi peluang untuk kami kami ni belajar benda yang baru. 2 acara ni berlangsung selama duahari dan duamalam. dari sabtu pagi sampailah ke ahad malam isnin. 

Perty dengan Ray dah sampai awal, diorang sampai jumaat petang tolong Naga susun kerusi dengan meja. aku pulak petang Jumaat tu baruu nak gerak dari JB. okay, sepatutnya aku gerak hari khamis dengan Perty tapi kereta ada masalah hantar bengkel then kena tangguh sampai la jumaat petang. dan sepatut patutnya, aku bawak kereta Honda mak aku tapi kereta dijangka siap lagi loama dari kereta aku sebab pakcik aku hantar pegi woksyop jugak. last last aku tungguu la sampai siap kereta Kancil Merah aku, Jumaat petang gerak dan masa tu Perty dengan Ray dah selamat sampai ke tapak KLWRF. 

jadi, disebabkan aku lambat tiba ke KL, aku qada'kan dengan buat buat sibuk kesana kemari. he he macamanapun terimakaseh banyak  pada Naga, Opi, Jasdy, Dean Sham, Tok Rimau, Mat Jan, Spyz, dan semua timnas Sindiket Soljah yang bagi kami elaun rokok, KFC, hotel merah dan angpau. korang memang best. ha ha

mana mana yang aku ada buat salah tuuuu. maafiin ya dong. okay sebelum terlanjur, hari Isnin sebelum AGAS pulang ke ganggang, kami jugak diberi  ilmu menurun dari Jenderal Sinaganaga. dan ilmu yang dia bagi tu akan kami cuba manipulasi ke benda benda yang kami suka. ha ha ha

Wednesday, 21 November 2012

Road To KLWRF

5 November (kalau tak silap)

(Nada dering Nokia original)

Gua angkat.

"Helo"
"Ha helo"
"Kau 16 nanti free tak?", Tok Rimau tanya gua.
"Free", Gua jawap ringkas. Gua kalau bual dalam telefon hal-hal free-tak-free ni, gua akan sedikit blur. Dan gua jawap pakai bahagian medula oblongata.
"Ni pasal Naga nak AGAS at least sorang datang awal untuk tolong untuk KLWRF nanti", Tok Rimau terangkan.
"Ok, boleh.. boleh..", gua laju bersetuju.



10 November

Gua pergi kerja kahwin Nizam dan Abid. Jumpa kawan-kawan lama. Dan macam biasa pergi kerja kahwin ada soalan-soalan retorik yang muncul. Dan kau semua boleh paham sendiri. Gua fast-forwardkan ke perbualan yang sepatutnya. Perbualan gua dengan Anip.

"Ni yang KLWRF tu apa cerita? Kau pergi tak?", tanya gua.
"Aku pergi. tapi tak tentu lagi gerak hari apa", Anip jawap dengan sedikit unsur dilema.
"Kau pergi naik apa?", Anip tanya gua pula.
"Naik bas.. tak pun naik kereta Jawa kalau dia confirm nak gerak KL", gua terangkan satu per satu opsyen-opsyen yang bakal gua guna. Gua ni rupanya orang yang berperancangan, detik hati gua. Berwawasan. Kah kah kah.
"Kau naik sekali dengan aku je la", Anip memberi lagi satu opsyen.
"Ok", gua pantas memberi persetujuan. Ini secara tak langsung boleh membatalkan opsyen-opsyen lama yang gua telah rancang.
"Tapi aku tak konfem lagi, dalam hari Isnin aku akan konfemkan pasal sekolah aku lain macam sikit, dia nak aku pergi mengajar jugak walaupun hari cuti. Kakakaka", Anip menerangkan kondisinya berkenaan hal-hal orang kerajaan. Gua tak ambil pusing, pasal gua sekarang dah stick dekat satu opsyen saja. Kereta Anip. Kereta Kancil warna Merah Anip.

Perbualan itu tutup macam itu saja untuk hari itu. Kerana hari sudah senja.


12 November

Gua ke kebun Jawa. Kebun sawit. Gua payah sikit sebenarnya kalau nak ke kebun ni. Dulu pun gua tolong dia baja. Itu zaman awal-awal kebun ni nak mula. Ni sekarang nak menuai. Tanpa ada stretching semua, gua, Ijat dan yang utama Jawa menjajah kebun. Tandan-tandan menunjukkan tanda muai dengan minyak. Gua ambil senjata parang panjang sahaja, pasal gua nak tebas buka jalan ke pangkal pokok. Ijat ready dengan ganco, dia lebih berpengalaman hal-hal kargo. Jawa tugas utama dia turunkan buah, dia ambil senjata pahat. Tugas bermula dari pukul 3 petang. Di mana langit dah mula menjatuhkan butiran cecair ikatan hidrogen dan oksigen secara rawak namun kecil. Kerja tidak tergendala langsung. Apabila gua sudah berlengging, gua tidak fikir panjang untuk menebas.

Ini bukan gambar yang berkenaan. Ini gambar Jawa zaman bila entah.
Pukul 6 setengah petang menghala ke pukul 6 tiga suku. Suasana dah jadi lebih gelap dari biasa dengan sedikit bantuan mother-nature yang dah mendung dari awal-awal tadi. Baris pokok terakhir tidak diusik akibat dah tak nampak buah sawit punya warna, semua benda tiba-tiba jadi ibarat grey scale. Tandan-tandan yang dah turun awal-awal tadi semua dah berjaya dikumpul di tepi kebun. Selesai semua dalam pukul 7.15 malam.

Gua buka henfon.
Ada miskol. Gua abaikan.

"Woi jadi tak?", gua meset pada Anip.

Hal-hal sawit berakir di situ. Kemudia gua, Ijat dan Jawa pergi makan. Makan nasi lemak sampai dua pinggan seorang lebih kurang.

*      *      *

Dah pukul berapa entah, gua dah balik rumah.

"Jadi", Anip riplai meset gua. Cilaka apa, gua nyaris dah terlupa punca asal meset dari Anip ni atas sebab apa.


15 November

"Dengar cerita turun KL", Atyrah meset gua dalam area pukul 1 tengah hari.
"Petang ni kot gua gerak", gua riplai megah, pasal yakin Anip ambil gua petang ni.

Dalam kemudian sikit.

"Aku kat bengkel ni, kereta servis", Anip telefon beritahu keaadaan yang dah ada ura-ura hendak huru-hara.
"Dalam pukul 6 petang la baru gerak dari sini", Anip meyakinkan gua.

"Oh ok la macam tu, tak jadi hal", gua jawab steady walaupun gua tahu keadaan akan jadi lebih gila kejap lagi. Gua baru lepas siap-siap pakai deodorant, pakai seluar, dan baju.

*      *      *

Panjang juga sebernarnya isu kereta di bengkel. Kejap-kejap Anip talipon gua. Kejap-kejap Anip talipon gua.

Tapi gua cuba jadi optimis.

Penutupnya, "Woi tak boleh gerak hari ni, besok baru kereta keluar bengkel". Optimis gua entah kemana entah lepas tu.

Gua senyum. Macam ni gua kena buka opsyen lama balik lah.

Naik bas.



p/s: If you fail to plan, you are plan to fail. Ini pujangga anak anjing mana entah. 

Tuesday, 18 September 2012

#JBWRF (Part 1 yang tak sedap)


JBWRF ini tak lain tak bukan cuma kisah pengembaraan golongan-golongan borjuis dari serata negeri-negeri lain selain Johor. Ini bukan suka-suka aku tulis macam ni. Memang JBWRF ini kisah adventur.

Saya tiba di hotel (JA Residence) dah larut malam jugak walaupun belum masuk pagi lagi. Pasal pada belah petangnya saya ada ke majlis pertunangan kawan saya, Fauzi Ahmat. Peh, dia masa tunang tu baju siap tuck-in. Tuck-in bai. Tuck-in. Macam cilake gua perhati. Jarang kawan-kawan kalau ada majlis gua terajang ari-ari. Tapi dia ni antara beruntung dapat rasa terajang gua dekat ari-ari.

Benda hal tunang dan kekeluargaan tu habis petang 15 September. Dan ini kisah bosan.

Malam tu saya, Ayob Wahid, dan Sufi Al-Fard berniat nak melepak sebentar bersama Kepala Manchiss (Johnny Nepp or Admin King blog ni), Saudagar Garam dan siapa-siapa lagi ada. Sebab lama tak jumpa barangkali.

Penyudahnya, Kepala Manhciss lambat macam gampang. Saudagar Garam pula menjemput tunangannya. Jadi proses melepak tidak menjadi. Ayob Wahid dan Sufi Al-fard pun balik ke Parit Raja atas alasan besok ada kenduri. Kenduri mengenai apa saya tidak ambil tahu. Dan meyakinkan saya bahawa mereka akan datang besok pada hari berlangsungnya JBWRF.

Eh babinya gua tulis macam ni. Ingat ini jurnal ke apa.


*      *       *

11 malam cincai (15 September).

Tak semua publisher/writer/editor/artis/rokstar turun dekat lobi hotel. Siapa je yang ada. Kalau aku tulis pun bukan ada yang ambil kisah dengan mereka ini. Kah kah kah.

Tok Rimau, Sinanganaga Lan Benhussain, Pyanhabib, Bart Ahmad, Fikri Misti, Jasdy Syarman, Stam Mustapha, Faisal Mustaffa, Ajami Hashim, lagi siapa entah pasal saya tidak tangkap gambar malam itu.

Kepala Manchiss ditugaskan membawa batalion tadi berjalan-jalan di Danga Bay oleh Tok Rimau selaku Kapten kali ni. Kau tengok King pun kena buat kerja. Kalau suruh saya bawa berjalan di Johor Bahru saya cuma tahu bawa ke masjid. Dan kalau pukul sebelas sekumpulan rokstar nak masuk masjid selalunya orang akan fikir bukan-bukan. Jadi lebih baik Kepala Manchiss incas.

Apa benda jadi di Danga Bay tidak perlu saya ceritakan. Ini hal-hal peribadi.


*      *      *

16 September 2012. JB WRITERS + READERS FEST

Ini sebelum apa-apa.


Ok part ini bersambung nanti la. Malas saya hendak tulis awal-awal. Sebab banyak betul kisah-kisah menarik sepanjang pemerhatian saya. Banyak benar. Tapi saya bukan reporter. Saya cuma pemerhati.



p/s: Ayob Wahid dan Sufi Al-fard dan-dan sakit perut la hapa tak datang. Gua masa dapat meset tu rasa macam nak menangis. Tapi gua tabah. 


Saturday, 11 August 2012

JB CALLING!




Disebabkan orang Malaysia ni tak berapa sesuai dengan hal-hal Olimpik sangat, jadi adalah lebih baik membaca dan buat la benda-benda yang berakal. Benda-benda Yunani ni kita tak usah la mengikut sangat. Bila sebut pasal hal ikut-mengikut, dia membawak kepada etika. Bila dah masuk etika baik gua ambil jalan senang tak bercerita kerana isi utama gua pula akan tenggelam. Gila kau, etika ni kalau nak dicerita boleh sampai puasa 1458H pun tak habis lagi. Ni hal bukan main-main. Sedangkan Lucifer pun ada etika.

Ok. Dengan ada feel lailatulkodar dan syawal sikit sikit, gua sarankan lu orang yang baca join. Yang baca je. Yang tak baca jangan mengada. Gua tampar kang.

JB Writers + Readers Festival


JB  WRITERS & READERS FESTIVAL
9 a.m. - 5 p.m. 16 Sept. 2012. Ahad Hari Malaysia
JB Arts Festival Village/ Bukit Timbalan, Johor Bahru



Nanti gua updet lagi la. Baca dulu. Updet lain kali gua terangkan la. 


p/s: "Antara kenapa dan apa mana yang lagi penting?", Fatimah tanya pada gua. Gua mikir. Boleh tahan leceh punya soalan.

Thursday, 26 July 2012

GEGASI #1

Maaf maaf dan maaf atas kelewatan yang aku buat untuk mengemas kini apa yang terjadi dalam acara yang dianjurkan oleh geng-geng Agas dalam tempoh berhari-hari yang lepas.


Untuk pengetahuan penduduk atas kerusi yang baca blog ni, lama-lama (lama-lama untuk perkara yang dah lama dah lepas) kiteorang ada anjurkan satu acara yang gempaks gila babeng gua cakap lu, acara yang "rare" gila berlaku di kawasan Johor Bahru.


Nak tahu acara apa?
Korang boleh tinjau di page Agas : Agas Best


Tapi kalau korang nak aku cerita juga boleh juga, tak ada masalah aku akan mula cerita mula dari.... SEKARANG!


Bismillah, pada suatu hari dan hari tu jatuh pada 23 jun 2012, geng-geng yang hensom belaka ni ada menganjurkan satu acara yang di panggil "Malam menyaksikan GEGASI berGASAK sambil makan POPKON dengan makwe berNAMA AI LOLIPOP" ini merupakan acara yang kedua selepas acara sulung Aga di Hutan Bandar tu, ingat tak? ingat tak? Kalau tak ingat boleh juga tinjau apa yang jadi masa tu di : Eskapis Dunia Maya malas aku nak cerita tengok sendiri, kah kah. Okay berbalik pada tunggak utama aku update blog ni, jadi nak pendekkan cerita berikut ialah secara kasarnya apa yang berlaku masa malam hebak tu :


Malam menyaksikan GEGASI berGASAK sambil makan POPKON dengan makwe berNAMA AI LOLIPOP

Tingkahlaku/ Aktiviti :

i. Pelancaran Buku Gasak :
- Tok Rimau
- Fikri Kacak
- Ai Yusuf
- AMAN
- Tyrana

GASAK
adalah antologi cerpen-cerpen aksi dengan slogan, "Lebih baik mati dengan prinsip daripada hidup macam pondan."

ii. Pelancaran Buku Popkon oleh :
- Sallehrazak

POPKON : Koleksi Puisi Sallehrazak
"kau bukan gula-gula kapas yang bagiku cuma lembut
kau terlahir sebagai popkon yang rangup dan manis
yang aku nikmati dalam gelap menghadap pelbagai
genre dilayar panggung"

iii.Pelancaran Buku Nama Ai Lolipop :

NAMA AI LOLIPOP
"Hidup memang sentap!" -Suri Rumah Terdesak

iv. Sesi persembahan (opera) open suara mic :
- Saudagar Garam
- Rayhan Ahmad
- Ah Chai The Gorgom
- Farhan 'The Gangren' Paan
- Pert Doherty
- Double Wan ( wewet dan ridwan) 
- Anda-anda yang kool 


Ramai juga makwe-makwe dan juga pakwe-pakwe yang datang malam tu, kalau nak kata rugi tu memanglah pada siapa yang tak datang, tapi tak apa jangan terlepas pula acara yang mendatang nanti.

Visual yang ada :

Bacaan Puisi Popkon dari Xalleh RazaX

"Stand Up Comedy" dari Saudagar Garam

"Preview" buku Gasak dari Tok Rimau

"Preview" buku Gasak dari Fikri Kacak

Santapan dari geng Agas oleh Acai (Serupa Meor beb dia nyanyi)


Banyak lagi visual yang menanti, jemput jenguk di Agas Best Gila! *klik sambil jerit


Sekian.

Wednesday, 27 June 2012

Apabenda AGAS

sejarah penggunaan nama AGAS bermula sejak zaman berzaman lagi sebenarnya. sejak belum ada budak 'agas' lagi perkataan AGAS ni dah keluar dah dan dah digunakan. AGAS ni sebenarnya kalau dicari cari dalam kamus atau wikipedia maksud dia tak lain tak bukan mestilah serangga kecil yang mengganggu. AGAS ni jenis hidup dalam hutan, jenis adventurous, dan paling penting jenis suka buat kacau. okay, itu definisi kamus dengan wikipedia. disebabkan kami menggunakan akronim AGAS, maka secara tak langsung kami perlu sadar apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh pihak kamus mahupun pihak wikipedia tersebut.

jadi, apakejadah kami menggunakan nama AGAS sebagai komplot? apakenatijahsertafaedahnya menggunakan nama serangga kecil yang mengganggu sebagai komplot?

ceritanya macam ni, pada satu hari minggu, gua, Wewet, Pert dengan Garam pergi melancong ke Parit Raja. gua ada juga ajak Rayhan Ahmad pergi, beliau dying to go tapi dia ada kenduri tahlil katanya, kami malas pula nak mengacau hal hal kemasyarakatan orang jadi kami pun just let it be. jadi, yang pergi travel ke Parit Raja cuma gua, Wewet, dan Garam, sementara Pert menunggu ketibaan kami dekat Parit Raja.

setibanya kami di Parit Raja, gua nampak kelibat Pert depan rumah tengah khusyuk bagi 'tabligh' pada anak anak kecil. lepas pickup Pert, kami berempat bergegas ke bandor Batu Pahat untuk mencari ilham sambil melayan bachelor party stail anak jalanan atau kata lembutnya Gig. dalam perjalanan singkat tersebutlah kami  bertungkus lumus mencari nama untuk sebuah komplot yang menggerakkan kerja seni di johor khususnya di johor bahru. 

makalah, akhirnya setelah berbelas nama (kerana masa yang singkat maka tak sampai puluhan nama) yang kami cari, terkapel pula kami dengan nama AGAS. dalam banyak banyak nama, nama AGAS paling memuaskan hati semua kami pada waktu tersebut. jadi dari malam tersebut kami gunakan nama serangga kecil yang mengganggu tersebut sebagai nama komplot kita. he he. 

sejak dari malam tu, gua duk memusing cuba memikir akronim yang paling cun untuk diletak pada AGAS dan akhirnya adalah juga satu yang terlintas. AGAS : Anak-anak dahaGA Seni, kalau tak cun pun lantaklah gua peduli apa. he he 

ciao

p/s : sori dohh terpanjang, lepas gian menulis. he he

Monday, 25 June 2012

Mulai!

Gua dekat sini lebih kepada jadi pengacau. Kah kah kah.
Jadi gua tulis pun entah apa benda.

Lagi satu ini pos pertama. Jadi tak molek la gua terus-terus tulis secara serius. Mende AGAS ni bukanlah serius macam hal orang pergi mengundi, jadi biarlah ia terus tak serius secara kasar.


p/s: "kau jangan sampai aku jek muka kau", Ijat cakap dekat Karim. (ini tiada kena mengena dengan pos di atas)